Salam 1 Rider Tegar,
Akhirnya saya dapat menguji HONDA NSR 150 SP ihsan dari seorang sahabat (Jai Serpico) yang mempunyai dua buah motorsikal 2 stroke yang terbaik pada zaman itu. Perjalanan dari Dengkil dan sekitar Sepang sudah cukup mengujakan.
Kedudukan menunggang motor ini sesuai untuk penunggang yang mahukan melayan kelajuan dan selekoh yang mencabar. Keseronokan bermain di rpm tinggi mengambarkan bahawa motor ini sesuai di gunakan di Trek Batu Tiga dan Trek Sepang.
Kelembutan rpm akan terasa selepas 7000 rpm sehingga 10500 rpm. Sebuah motorsikal yang terbaik untuk di miliki. Nice bike and must have this motorcycles.
Walaupun sebuah motorsikal yang kecil tapi teknologi di luar jangkaan kita.Mempunyai
Pro Arm Suspension,
RC Valves dan
Nika -Sil Coated Cyclinder. Warna
REPSOL di perkenalkan bagi mengenangkan sumbangan
Michael Doohan dalam dunia permotoran dunia.
Tayar depan bersaiz 90/80 rim 17 dan belakang 120/80 rim 17. Berbeza dengan Kawasaki
KRZ dan
ZSR yang bersaiz rim 18 di belakang.
Gambar Ihsan dari internet.
Mungkinkah peminat peminat Honda menunggu model
Type - R ini? Adakah motor E Pangkah 5 ini mampu memberi saingan kepada NSR 150 SP ?
Selamat Menunggang @ Safe Ride
Special thank you for En Jai Spiko/Nsr SP.:) God bless we all