Tuesday 23 October 2012

Kawasaki Ninja 150 (KR150)

Hi , Ohayogozaimasu...Bishojo:) 

Pada awal tahun 1990, Kawasaki Ninja 150 atau Kawasaki KIPS telah di bawa masuk ke Malaysian oleh Kawasaki Sunrock di Segambut. Model yang pertama tidak mempunyai sportrim dan cermin sisi belakang terletak di handle motorsikal.Rekabentuk Ninja 150 ini seperti Kawasaki GPZ 600.Di Malaysia terdapat dua jenis warna merah/putih dan hijau/putih di tawarkan dengan harga Rm 6400 otr.

Gambar bike ihsan dari Kipas .

Spesifikasi KR150
1. Enjin - 2 Lejang , 1 silinder (Pendingin Cecair)
2. Isipadu -148cc
3. Bore  x stroke -59.0 x 54.4mm
4. Nisbah mampatan - 8
5. Power Maksimum - 30.5ps (Pada rpm 10,000)
6. Tork Maksimum - 2.18 kgm  pada 10,000 rpm
7. Casis - Kerangka ;Double Cradle'
8. Tayar Depan - 80/90 -17 (44P)
9 . Tayar Belakang - 90/90 - 18 (51 P)
10. Brek - Dics brake ,sistem hidraulik
11. Dimensi - Panjang : 1955mm, Lebar 665mm, 1085mm,
12. Berat - 114kg
13. Isi tangki petrol - 10.3L
14. 2T - 1.2 Liter
15. Eletrik - 12v



 



Carburetor PWK Keihin telah digunakan bagi model yang Kawasaki KR150 generasi pertama. Memang terbaik untuk kegunaan di trek pada zaman kegemilangan itu. terbaikk:)










Motor ini menggunakan sistem K.I.P.S (KIPS) iaitu Kawasaki Integrated Power Valve System.Ini lah keistimewaan model ini. KIPS berfungsi dengan sendiri melalui  pengerakan mekanikal. Saya masih mengagumi jurutera-jurutera yang mencipta sistem walaupun saya kurang arif mengenai KIPS ini:) Untuk memahami lebih lanjut sila klik sini http://www.dirtrider.net/justkdx/kips.html.
Sekadar berkongsi pendapat dan maklumat.


Nihon Ga Daisukidesu...:)

bersambung.....

Sunday 21 October 2012

RIDE IKAN PATIN V4



 Tanggal 6 Oktober 2012 telah di adakan Ride Ikan Patin di Temerloh, Pahang. Idea Ride  ini sebenarnya daripada Bro Ramd Jutawan. Seramai 120 orang telah datang menyertai ride ini. Kebanyakan yang penunggang-penunggang motor 2 stroke terdiri dari Honda NSR,Kawasaki Superkips, Cagiva Mito, Yamaha Tzm , Suzuki Panther dan lain lain lagi.


 



Menu utama makanan ialah Ikan Patin Masak Tempoyak .Di  tambah dengan rendang daging, daging arnab masak merah, ulam pegaga,kerabu , sambal mangga dan buah-buahan . 

Di samping terdapat cabutan bertuah  seperti helmet Arai, minyak enjin, minyak rantai, topi dan lain lain lagi.Cabutan bertuah mengikut no plet motorsikal yang di berikan kepada pihak penganjur.
  



















Cenderamata kenangan dari Hoyaka Bikers Temerloh kerana atas jemputan istimewa ke ride ini. Jutawan terima kasih atas kerjasama dan sumbangan kelab ini.


Kesedapan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak dan Sambal mangga membuat anda tunduk untuk menikmatinya. Baju yang  di jual sebagai kenangan ride.Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Terima Kasih juga tuan rumah dan keluarga. terbaikkk :)

Monday 15 October 2012

KFC VS Burger Cik Mira



BURGER IKAN 















                                                             







Hari Ini Dalam Sejarah saya di beritahu oleh pekerja KFC saya terpaksa tunggu  20 minit untuk makan ayam goreng. Bagi saya ,20 minit seperti menunggang motorsikal dari Selayang ke Tol Kota Damansara.

.Soalan yang bermain di fikiran saya ialah adakah ayam-ayam di Malaysia sudah kehabisan stok :). Ayam KFC tidak pernah kehabisan di Jalan Pudu:).

Saya ambil keputusan membeli Burger Ikan dengan mengikut citarasa saya iaitu bawang lebih ,tomato,tanpa mayonis dan sedikit black  pepper sos yang berharga RM 2.80 tanpa CUKAI Kerajaan:) terbaikkk.

Cukup saya katakan orang yang memasak burger itu seperti gambar di kanan atas.
Sentiasa senyum. Terima Kasih Cik Mira..



Labels