Sunday, 4 November 2012

Honda Future VS Suzuki Axelo

Akhirnya Honda melahirkan sebuah motor yang terbaik untuk tahun ini yang di namakan Honda Future (125cc).Cuma motor ini tetap menggunakan sistem caburetor berbanding Honda Future 125cc di Thailand yang menggunakan sistem fuel injection..Bilakah sistem fuel injection akan di gunakan di Malaysia bagi motor Kapchai?





Perbezaan Meter Honda Future dan Suzuki Axelo.



Perbezaan saiz bakul kedua dua motor. Cuma Suzuki Axelo ada bangkul di depan seperti kebiasaan motor di Thailand.




Kesimpulannya ,  walaupun Suzuki Axelo mempunyai tempat simpan barang di bawah tempat duduk
tapi tidaklah sebesar untuk menyimpan sebuah helmat fullface yang terdapat di Honda Future.Tangki minyak Honda Future mampu  mengisi sebanyak 5.6 liter di mana cukup besar untuk motosikal kecil  macam ini. Seat  Honda Future yang lebar membantu mengurangkan kekebasan buntut bila ride ke Kuala Lumpur ke Ko Samui. Terdapat OEM oil cooler itu motor Future .Perfect Bike. Satu pilihan yang bagus.terbaikkk

Sekarang ini tiada lagi alasan kenapa rider motorsikal Kapchai untuk ride lagi  jauh mengeliling dunia..



Tuesday, 23 October 2012

Kawasaki Ninja 150 (KR150)

Hi , Ohayogozaimasu...Bishojo:) 

Pada awal tahun 1990, Kawasaki Ninja 150 atau Kawasaki KIPS telah di bawa masuk ke Malaysian oleh Kawasaki Sunrock di Segambut. Model yang pertama tidak mempunyai sportrim dan cermin sisi belakang terletak di handle motorsikal.Rekabentuk Ninja 150 ini seperti Kawasaki GPZ 600.Di Malaysia terdapat dua jenis warna merah/putih dan hijau/putih di tawarkan dengan harga Rm 6400 otr.

Gambar bike ihsan dari Kipas .

Spesifikasi KR150
1. Enjin - 2 Lejang , 1 silinder (Pendingin Cecair)
2. Isipadu -148cc
3. Bore  x stroke -59.0 x 54.4mm
4. Nisbah mampatan - 8
5. Power Maksimum - 30.5ps (Pada rpm 10,000)
6. Tork Maksimum - 2.18 kgm  pada 10,000 rpm
7. Casis - Kerangka ;Double Cradle'
8. Tayar Depan - 80/90 -17 (44P)
9 . Tayar Belakang - 90/90 - 18 (51 P)
10. Brek - Dics brake ,sistem hidraulik
11. Dimensi - Panjang : 1955mm, Lebar 665mm, 1085mm,
12. Berat - 114kg
13. Isi tangki petrol - 10.3L
14. 2T - 1.2 Liter
15. Eletrik - 12v



 



Carburetor PWK Keihin telah digunakan bagi model yang Kawasaki KR150 generasi pertama. Memang terbaik untuk kegunaan di trek pada zaman kegemilangan itu. terbaikk:)










Motor ini menggunakan sistem K.I.P.S (KIPS) iaitu Kawasaki Integrated Power Valve System.Ini lah keistimewaan model ini. KIPS berfungsi dengan sendiri melalui  pengerakan mekanikal. Saya masih mengagumi jurutera-jurutera yang mencipta sistem walaupun saya kurang arif mengenai KIPS ini:) Untuk memahami lebih lanjut sila klik sini http://www.dirtrider.net/justkdx/kips.html.
Sekadar berkongsi pendapat dan maklumat.


Nihon Ga Daisukidesu...:)

bersambung.....

Sunday, 21 October 2012

RIDE IKAN PATIN V4



 Tanggal 6 Oktober 2012 telah di adakan Ride Ikan Patin di Temerloh, Pahang. Idea Ride  ini sebenarnya daripada Bro Ramd Jutawan. Seramai 120 orang telah datang menyertai ride ini. Kebanyakan yang penunggang-penunggang motor 2 stroke terdiri dari Honda NSR,Kawasaki Superkips, Cagiva Mito, Yamaha Tzm , Suzuki Panther dan lain lain lagi.


 



Menu utama makanan ialah Ikan Patin Masak Tempoyak .Di  tambah dengan rendang daging, daging arnab masak merah, ulam pegaga,kerabu , sambal mangga dan buah-buahan . 

Di samping terdapat cabutan bertuah  seperti helmet Arai, minyak enjin, minyak rantai, topi dan lain lain lagi.Cabutan bertuah mengikut no plet motorsikal yang di berikan kepada pihak penganjur.
  



















Cenderamata kenangan dari Hoyaka Bikers Temerloh kerana atas jemputan istimewa ke ride ini. Jutawan terima kasih atas kerjasama dan sumbangan kelab ini.


Kesedapan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak dan Sambal mangga membuat anda tunduk untuk menikmatinya. Baju yang  di jual sebagai kenangan ride.Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Terima Kasih juga tuan rumah dan keluarga. terbaikkk :)

Monday, 15 October 2012

KFC VS Burger Cik Mira



BURGER IKAN 















                                                             







Hari Ini Dalam Sejarah saya di beritahu oleh pekerja KFC saya terpaksa tunggu  20 minit untuk makan ayam goreng. Bagi saya ,20 minit seperti menunggang motorsikal dari Selayang ke Tol Kota Damansara.

.Soalan yang bermain di fikiran saya ialah adakah ayam-ayam di Malaysia sudah kehabisan stok :). Ayam KFC tidak pernah kehabisan di Jalan Pudu:).

Saya ambil keputusan membeli Burger Ikan dengan mengikut citarasa saya iaitu bawang lebih ,tomato,tanpa mayonis dan sedikit black  pepper sos yang berharga RM 2.80 tanpa CUKAI Kerajaan:) terbaikkk.

Cukup saya katakan orang yang memasak burger itu seperti gambar di kanan atas.
Sentiasa senyum. Terima Kasih Cik Mira..



Wednesday, 26 September 2012

Nasi Lemak Ujang Greenwood

Kesedapan makanan itu memang menguji kesabaran seseorang.Kedai nasi lemak Ujang menyediakan nasi lemak dengan pelbagai lauk. Sebagai contoh rendang daging,ayam masak merah, ikan keli goreng, rendang paru,ayam goreng dan lain-lain lagi.Ramai orang beratur untuk membeli nasi lemak dengan seorang pekerja membantu untuk take away dan eat here:).
Kita harus bersabar jika orang di barisan hadapan take away nasi lemak dalam 98 bungkus :).Kedai ini terletak di Medan Selera Green wood dan berhadapan dengan Greenwood Bundles.



Akhirnya sampai waktu makan nasi lemak  dengan rendang daging dan paru ...perrrhhh .Sebelum makan dan selepas makan .Bersyukur dengan dengan nikmat tuhan berikan..Jumlah harga  RM 6.80 termasuk air teh O panas.Bahagian yang menarik sebenarnya ialah nasi lemak ini dibelanja oleh seorang sahabat.Terima Kasih .terbaikk:)


Friday, 21 September 2012

Ikan Bakar


Makan Ikan Bakar di Umbai , Melaka

Kelab Tenis Malam Jumaat

Terima Kasih kepada pihak penganjur yang mengadakan permainan tenis setiap malam pada hari Khamis at di Court  Tenis Jalan Duta yang berhampiran dengan Perhentian Bas Jalan Duta. Kelab Tenis Malam Jumaat di wujudkan untuk mengumpul pemain pemain tenis untuk bermain tenis dengan minima kos.

Waktu permainan bermula dari pulul 9.00pm - 12.00am. Minima dua court di sewa untuk keselesaan pemain berentap pada tahap maksimum:).Bayaran RM 10 di kenakan kepada setiap pemain, di mana ianya termasuk kos sewa court dan bola tenis...terbaikk:)

Labels