Sunday, 21 October 2012

RIDE IKAN PATIN V4



 Tanggal 6 Oktober 2012 telah di adakan Ride Ikan Patin di Temerloh, Pahang. Idea Ride  ini sebenarnya daripada Bro Ramd Jutawan. Seramai 120 orang telah datang menyertai ride ini. Kebanyakan yang penunggang-penunggang motor 2 stroke terdiri dari Honda NSR,Kawasaki Superkips, Cagiva Mito, Yamaha Tzm , Suzuki Panther dan lain lain lagi.


 



Menu utama makanan ialah Ikan Patin Masak Tempoyak .Di  tambah dengan rendang daging, daging arnab masak merah, ulam pegaga,kerabu , sambal mangga dan buah-buahan . 

Di samping terdapat cabutan bertuah  seperti helmet Arai, minyak enjin, minyak rantai, topi dan lain lain lagi.Cabutan bertuah mengikut no plet motorsikal yang di berikan kepada pihak penganjur.
  



















Cenderamata kenangan dari Hoyaka Bikers Temerloh kerana atas jemputan istimewa ke ride ini. Jutawan terima kasih atas kerjasama dan sumbangan kelab ini.


Kesedapan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak dan Sambal mangga membuat anda tunduk untuk menikmatinya. Baju yang  di jual sebagai kenangan ride.Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Terima Kasih juga tuan rumah dan keluarga. terbaikkk :)

1 comment:

  1. Perghhh!!

    Congrats Bro!! aku sendiri tak pernah organize makan2 dgn bikers.. mmg Hebat bro!!!

    Janji semua ade lesen.. bukan 'lesen L' mcm sorang mamat versys tu... hahaa

    Tahniah!!

    ReplyDelete

:)

Labels