Sunday 15 April 2018

Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Selamat pagi..
Sebelum melulu menunggang motorsikal sila baca akta ini dulu. Jadilah pengguna jalanraya yang berilmu:)

Undang-undang Malaysia Akta 333.

Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Memandu secara melulu dan membahayakan 

42. (1) Mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan dengan melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang, memandang kepada segala hal keadaan (termasuk jenis, keadaan dan luas jalan dan kesesakan lalu lintas yang ada atau mungkin ada di jalan itu) merbahaya kepada orang awam, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum penjara selama tempoh *tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit

(2) Mahkamah hendaklah memerintahkan butir-butir mengenai apa-apa sabitan di bawah seksyen ini diendorskan pada mana-mana lesen memandu yang dipegang oleh orang yang disabitkan itu.

 (3) Atas sabitan kali kedua atau kemudiannya di bawah seksyen ini mahkamah hendaklah menjalankan kuasa yang diberikan oleh Bahagian ini dengan memerintahkan supaya pesalah itu hendaklah dihilangkan kelayakannya daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu melainkan jika mahkamah, memandang kepada luputnya masa sejak tarikh sabitan yang dahulu atau sabitan dahulu yang terakhir atau atas apa-apa alasan lain (alasannya hendaklah dinyatakan dalam perintah itu), memikirkan patut untuk memerintahkan selainnya tetapi peruntukan ini tidak boleh ditafsirkan sebagai menjejaskan hak mahkamah menjalankan kuasa yang tersebut dahulu mengenai sabitan kali pertama. 

(4) Walau apa pun subseksyen (1), jika seseorang yang memegang lesen memandu percubaan disabitkan di bawah seksyen ini, mahkamah hendaklah sesudah itu membatalkan lesen memandunya itu.

www.bharian.com.my/berita/kes/2017/08/316458/4-mat-rempit-dipenjara-6-bulan-denda

Selamat Memandu...
Sila baca doa sebelum memandu.
Safe ride


No comments:

Post a Comment

:)

Labels